Nineteen Eighty-Four (kekadang ditulis
1984) ialah
novel distopia yang ditulis oleh
George Orwell pada
1948 tentang sebuah masyarakat
kolektivisme yang berpemerintahan
oligarki. Kehidupan di provinsi
Airstrip One,
Oseania merupakan suatu dunia yang memperlihat
perang berterusan, pengawasan kerajaan yang merebak, serta
kawalan minda rakyat yang kekal. Kepentingan rakyat sentiasa diketepikan atas alasan kepentingan negara dan
falsafah itulah yang sentiasa membolehkan Parti memanipulasi dan mengawal manusia. Di
Kementerian Kebenaran,
protagonis Winston Smith ialah pegawai kerajaan. Dia bertanggungjawab untuk menyebarkan
propaganda Parti menerusi
pengubahan rekod sejarah bagi membayangkan bahawa Parti adalah serba tahu dan sentiasa betul. Bagaimanapun, kehidupan diri yang susah payah mengecewakannya sehingga dia menentang
Big Brother dan akhirnya ditangkap, diseksa, lalu dipulihkan.Sebagai
fiksyen politik kesusasteraan, Nineteen Eighty-Four telah dianggap sebagai sebuah novel klasik yang tergolong dalam subgenre
fiksyen sains sosial. Sejak penerbitannya pada
1949, banyak istilah dan konsepnya seperti
Big Brother, doublethink (dwifikiran), thoughtcrime (jenayah fikiran), Newspeak (Tuturan Baharu), dan Memory hole (Lohong ingatan) telah diserap ke dalam
bahasa vernakular masa kini. Pada
1998,
Modern Library menempatkan Nineteen Eighty-Four sebagai novel ke-13 terbaik dalam senarainya,
100 Novel Bahasa Inggeris Yang Terbaik Pada Abad Ke-20.